Saturday, February 13, 2010

MENCURIGAKAN...

smakin hari..
kau semakin mencurigakan..
aku tak pasti.. adakah benar kata hati..
tp rasa ini sering memaksa aku
tuk terus d sampingmu..
rasa ini.. seperti takut,
untuk berjauhan darimu..
setiap yg kutemui..
setiap yg kau kenali..
mengatakan namaku
sering mniti d bibirmu..
benarkah?? atau hanya khayalan..
ya.. mungkin khayalan..
aku mencuba tuk mencari..
mencari jalan keluar..
jalan tuk berjauhan darimu..
namun, aku tak dpt menipu..
bahawa, setiap hari aku mngharapkan
KEHADIRANMU...

tolong..
tolong jgn biarkan aku terkapai lagi..
jika benar cinta itu ada..
nyatakan sahaja..
kerana aku ingin..
aku ingin kata itu drmu..


DALAM KERINDUAN
~penguin kecik..~

BROKEN HEART

i lost his love 4 ever..
or, was it that he never loved me at all??????
i guess i didnt do a great job at loving him..
coz.. HE LOVES HER! NOT ME!!
i promise..
someday..
u'll regret losing me..
& u'll think back & say..
"damn! that girl realy DID love me.."

DOSA CINTA

aku wanita..
punya rasa cinta..
punya rasa kecewa..
tatkala cinta dtg bersemi..
terasa seprti seluruh dunia iri..
aku tertanya, mengapa perlu..
aku di sakiti...
mungkin dahulu..
aku pernah berdosa
terhadap cinta..
kini giliranku yg terluka..
maafkan aku, ampuni aku..
mungkinkah mawar ini
kembang kembali..??
atau kan terus mnyembah ke bumi..??
bagai musafir... aku gelincir..

Saturday, February 6, 2010

MAAF

kau berkata...
kau takkan kembali..
kerana hati, telah terkunci..
mungkin salahku, mendustai kamu..
atau mungkin salahmu, membiarkan aku..

maafkan aku, atas semua,
apa yg jadi, lupakan saja..
mari sini, dekat padaku..
jgn pernah berdendam lagi....

damaikan semua,
kita bersatu..
kembali ceria,
seperti dulu...

mari sini, dekat padaku..
jgn penah berdendam lagi..

SIAPA KITA PADA CINTA???

bukan aku tak pernah
cuba utk mngerti kamu..
tp, aku sendiri tak tahu,
apakah benar aku cinta kamu,
apakah benar, kamu cinta aku..

kita tak seperti yg lain..
tiap pertemuan,
kita hanya dingin..
namun hati tetap merindui
bila berjauh drmu..

aku tak tahu, apa mahumu..
aku ta ngerti, apa sikapmu..
kau mudah berubah, buat aku resah..

siapa aku dlm hidupmu..?
siapa engkau dalam hidupku..??
bukan aku ta pernah
cuba tuk memahami..
tp aku keliru..
siapa kita pada CINTA???

CINTA??? BCE R>>

serapkan dalam minda aku...

*cinta = misteri
>> takde spe tahu, bile kite jatuh cinta.. dgn spe kite jatuh cinta sehinggalah kite hampir/sudah kehilangan cinta..
>> takde spe tahu apa erti cinta sebenar kerana, erti cinta berbeze pada setiap insan..

*cinta= tangga
>> kita akan rase sakit bile jatuh tgga n ta bersambut.. cumtu gak nan cinta.. kita akan rase sakit bile jatuh cinta pd owg yg ta akan pernah mnymbut cinta tu..

*cinta = bintang..
>> kite senang2 je ckp.. 'kau la satu2nya cinta aku'.. tp nnty lepas kite putus nan budak ni, kite akan ckp bende yg sme pd budak yg laen.. so.. cinta bukan 1.. tp beribu... atau ta terkira bilangannya.. mcum bintang..

*cinta = jam (personal)
>> sbb kat umah aku bnyak jam.. maklum la.. hobi aku kumpul jam.. hehe.. sume nye istimewa.. sumenye aku syg.. tp akhirnya jam tu akan rosak/mati..
maksudnya : (manusia akan pergi dr cinta bila waktunya tiba..)

*cinta = bas
>> kita lebih rela tunggu bas yg lebih sempurna dr bas yg mula2 dtg.. tp tak akan pernah ade bas yg sempurna.. sekalipown, bas tu cuntek, ade air cond, selese.. besar gedabak segala, tp.. tetap ade kelemahanya..
>> kalo bas tu cantek.. mesti ade ramai penumpang kan???
maksudnya : ( yg sempurna itu ta semestinya milik kita.. kerana, ade ramai yg menanti nya..)

Sunday, January 24, 2010

UTUSAN RINDU

bribu bintang d langit senyum girang..
mnyanyi lagu indah, riang..
mngurung aku dalam kamar cinta,
bersama kamu di lubuk jiwa..
apakah dapat kita jalin rasa,
mengikat rindu ini bersama..
utusan doaku harap sampai Syurga,
moga bertasbih penghuninya..

UTUSAN BUATMU

masih terlukis gambaran
wajahmu di hati ini..
wajah yg pernah mmbahagiakan aku..
wajah yg pernah menceriakanku..
masih terukir garisan rindu utkmu..
garisan yg takan terpadam..
garisan yg takan terlerai..
seperti angin kau hadir dlm hidup ini..
datang mnyamankan hati ini..
namun kau pergi kerana...
takdir menjemputmu pulang..
mungkin bukan jodoh..
atau mungkin aku yg bodoh..
kerana mncinta org sepertimu..
kerana mnyayangi insan sepertimu..
Aku kalungkan al-fatihah buatmu..
pada tiap 5 waktu yg ada..
dgn harapan, kau bahagia d sana..
ceria di sisi-NYA

CINTA YG DUSTA

SUDAH..
JGN MENANGIS..
SUDAH..
JGN MERAYU..
AKU TA MAHU DIRI DISISMU LAGI..
AKU TA MAHU ADA D SAMPINGMU LAGI..
CUKUP..
HENTIKAN SEMUA..
CUKUP..
HENTIKAN SEGALA..
AKU TA MAHU CINTA YG DUSTA..
AKU TA MAHU KASIH YG SIRNA..
PERGI..
JAUHI AKU..
PERGI...
HINDARI AKU..
JGN KEMBALI,
SAYANG, HILANG DARIKU...

TEGUH

aku tahu..
terlalu bnyak garis luka di situ...
di hatimu..
mungkin kerana itu,
kau ta seperti yg lain..
mungkin kerana itu,
kau hanya kelu..

aku sedar..
aku bukan sesiapa
utk merawat hati itu,
namun izinkan aku..
berdiri teguh d sisimu..
menemani suka dukamu..
mnerangi hari2mu..
aku ingin kau mngerti..
kau fahami..
aku kan setia
meraih tanganmu..
biar beribu kali kau menjauh,
aku tetap kan teguh bersamamu..

Friday, January 22, 2010

aku BUKAN PENCINTA SETIA

indah.. damai.. tenang.. dan bahagia..
adakah hanya sebuah mimpi
yg aku ciptakan sebagai tatapanku kala siang hari???
atau benar ianya realiti yg sedang kutenung pada wajahmu..?
aku tercari cari erti cinta sebenar..
dalam kelam, aku cuba tuk merangkak mencapai maksudnya..
namun aku tetap tersungkur..
aku tertanya tanya..
knp hati ini tak bisa setia..
seperti setianya mentari pd bulan..
seperti setianya langit dan laut d hujung fajar..
seperti setianya ombak pada pntai..
mengapa hati ini sering berubah,dan ta pernah tetap dgn rasanya...
AKU BUKANNYA PENCINTA YG SETIA..
MAAFKAN AKU KERANA HATI INI,
TAK PERNAH TETAP TERLETAK DI SITU..
DI TANJUNG RINDU...

namamu yg terukir

cinta ku sudah lama subur dlm diriku
sekian hari...sekian waktu...
namanya tetap berdegup bersama jantung yang berdetak..
mengingatnya membawa aku melambung tinggi ke angkasa...
tahukah kau....
apakah ini yang disebut cinta..
atau hanya sebuah angan kosong
yang terukir atas nama cinta..namamu..
terukir di dalam jantungku..




RINDU ITU KAMU, PUISI ITU AKU

biduk di langit masih kering tertawa..
melihat aku yang tetap bercumbu dengan khayal..
menari dalam balutan puisi
membingkaikan rasa dalam bait kata..
puisi adalah aku..
aku bercinta dengan kata
dan merangkai menjadisatu kenangan indah..
dekapan kalimat panjang membuai mesra diriku..
kutemukan ada detak lemah setia.. di situ..
RINDU ITU KAMU,
PUISI ITU AKU
~PENGUIN KECIK~


aku ta ingin jd mentari..
kerana aku akan hilang d waktu malam..
aku ta ingin jd blan..
kerana aku kan ilang pd siang hari..
aku ta ingin jd bintang..
kerana keberadaannya bukan satu..
takut nnty kau keliru ..
aku ta ingin jg angin..
kerana da ade kipas/air cond..
aku ta ingin jd laut..
kerana aku bakal merosakkan pulau..
aku ta ingin jd pulau..
kerana aku kan sendirian..
AKU INGIN JD AWAN...
BERARAK KE MANA JUA KAU PERGI..
MELIHATMU DI MANA SAJA KAU BERADA..
MEMERHATI APA SAJA PERLAKUANMU..
SAAT KAU SURAM, KAU MMANDANG AWAN..
SAAT ITU JUGA AKU TAHU..
AKU MENEMANIMU TATKALA KAU BERSEDIH..
SAAT KAU TERSENYUM GIRANG..
AKANKU CERIAKAN HARIMU ITU..
DENGAN MEMPERLIHATKAN KAU PELANGI..
DAN BILA PELANGI ITU HILANG..
AKU KAN ARAHKAN SAHABATKU BURUNG..BERNYANYI UNTUKMU..KIRANYA SAHABATKU BURUNG LELAH,AKAN KU PINTA PD BINTANG.. MUNCUL BERIBU UNTUKMU..KIRANYA BINTANG JUGA LELAH..AKU KAN MERAYU PADA MENTARI..CERAHKAN HARI2MU..DAN AKU KAN TERUS MEMINTA UNTUKMU..AKU INGIN MEMENUHI KEPERLUANMU..MENCURAHKAN HUJAN UTK MNYEMBUNYIKAN AIR MATAMU..AKU KAN MEMBAWA PETIR PD SESIAPA YG MENYAKITIMU..AKU INGIN JD AWAN...
RINDU UNTUKMU..
~PENGUIN KECIK~

(ILHAM MSE AKU KAT PANGKOR)15-17 JAN 2010

TAU TAK.. CINTA ITU KAN....

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bilabas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee...penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak,"Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu danawak tunggu pulak bas yg lain.Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akancakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas niakan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tuberlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tukosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,"Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggubas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awakbercadang utk menanti basyg seterusnya.Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasanyg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik basyg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menungguapa yg awak nak.Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dptpastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bastu tak terlalu sejuk untuk awak?Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah.Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awaknampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awaktahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-purabuat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naikdan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

jIKA AKU

jika kau pergi..
aku kan tetap menghampiri..
kerana cinta mengajar aku erti perjuangan..

jika kau berpaling..
aku kan tetap di sampingmu..
kerana cinta mngajar aku erti setia..

rindu itu indah
bila untukmu...
PENGUIN KECIK

AKU MENGAKU

aku mengaku..
aku seorang pengecut..
kerana takut akan kehilangan,
aku lebih rela memendam rasa..
kerana takut akan kedinginannya,
aku cuba tuk merubah diriku..
aku mengaku..
aku seorang yg lemah..
walaupun mencintai,
aku terpaksa melepaskan..
walaupun mngasihi,aku terpaksa pergi..
aku mengaku..
aku ta sehebat dia..
insan yg bertahta di hatimu..
walaupun tersemat pd dirinya,
pengkhianatan..
penghinaan..dan penindasan..

rinduku masih bernafas

selagi namamu bertahta di hati..
selagi dirimu hadir di hadapanku..
selagi atimu berdegup kencang..
selagi itulah cinta ini akan
mnyebut namamu..
selagi itulah rinduku
masih bernafas untukmu..
selagi itulah.. diri ini..
terluka akan sikapmu

rindu itu indah
bila untukmu..
PENGUIN KECIK

coretan utk owg yg penah hadir dlm idupku

Mungkin TUHAN sengaja menemukan kita dengan cinta yang salah agar kita lebih menghargai bila kita menemui cinta yang indah...
BBQ
Kita mungkin di takdirkan berdua.. tp tidak bersama.. kerana DIA lebih mencintaimu..
teddy
TUHAN menemukan kau dan aku untuk aku mempelajari erti cinta dan kau mempelajari erti setia..
keli lidah bercabang(KLB)
aku mungkin bukan dia.. insan yg kau agung2kan.. tp aku juga manusia.. insan yg punya rasa..katak
aku tak tahu kenapa mesti kita.. tp yg pasti kita tak saling mencinta.. hanya keluarga yg menjadi tugu pemaksa..
anak cik zana
ISTIMEWA
KAU DITAKDIRKAN UTK MENCARI CINTA DAN AKU.. ADALAH PENGAKHIRAN BAGI KISAH PENCARIANMU..
pemilik tulang rusuk aku..
kau sering dilukai oleh insan bergelar wanita..
kau sering tercari-cari erti cinta sebenar..
sehingga beribu kali kau dilukai,
hatimu masih tetap ingin mencari...
suda terlalu lama aku merenungmu..
sambil berkata,
akulah pencintamu selamanya...
sudah terlalu lama aku merenungmu,
sambil hatiku meminta,
kau bls renunganku...
tapi apa yg ada utkku??
hanya pandangan sepi.. serta.
senyuman hambar...
kerana...
cintamu tiada lagi..
hancur ditimpa kecewa di hati....

dalam sepi

biarlah aku mecintai walau hanya dalam sepi..
jika itu adalah terbaik buatmu..
biar tersiksa jiwa menahan derita,
asal aku dpt terus tuk mencintaimu..
kerana..
aku telah jatuh cinta
buat pertama kali utk selamanya....

Thursday, January 7, 2010

RINDU MENGEJEKKU..

bila berjauhan ia tersangat memeritkan..
nmun mngapa.. bila bersama, harus ade pertengkaran???
kekadang aku terasa terlalu bodoh..
kerana menyukai seseorang yg..
aku sendiri tak tau nak describe diri kau..
tp.. aku.. ntah la.. know what..
dulu diariku hanyalah cerita diriku..
tp kini..
ia jd seperti nama kau menabik dada..
i hate when i fall in love..
everything i do, remind me to all we did b4..
gelak tawa.. maki hamun.. marah.. gembira..
seolah membangkitkan senyumanku..
dan yg psti akhirnya..
membukakan laluan air mata..n..
i hate it..
rindu mengejekku...
penguin kecik

tiada lagikah...

tiada lagikah kemaafan buatku?
buat insan yg pernah menjadi pendampingmu?
tiada lagikah kata cinta utkku?
buat insan yg pernah kau rindui dulu..
benci benar kau pada diri ini..
sehingga aku terpaksa merayu
meminta selafas kata..
hanya maaf yg kupinta..
kini kau merantaiku dgn kebencianmu..
kau buat aku lupa akan keindahan cintamu dulu..
yg sering aku impikan dlm tadahan doaku..
kini kau merantai jiwaku dgn api kemarahanmu..
sehingga mmbuatkan aku takut..
takut tuk merenungmu..
tak mungkin kan kulupa..
setiap ucapanmu..
krana saat ini..
ia menjadi temanku di kala sunyi..

rindu itu indaH
bila terukir namamu..
PENGUIN KECIK

saat kematiannya..

PERnahkah kau berfikir..
saat kematianmu..?
aku tak mnyangka..

begitu cepat masa berlalu..
terasa baru semalam aku kenali dia..
dan hari ini..

sebenarnya..
die telah lama tiada..

kdg2 aku berdendam..
namun harus pada siapa???
mengapa aku bertemu die..
jika akhirnya.. aku sendiri merasa habanya..
mengapa aku cintai die..
jika akhirnya..
diakan pergi pada sang pencipta..
menghitung saat mati seseorang
lebih terseksa dr menghadapinya..
rindu utkmu..
PENGUIN KECIK
cinta..
semakin dipaksa tuk melupakannya..
semakin aku dihantui bygan semalam..
rindu..semakin aku cuba tuk membencinya..semakin aku tak bisa menjauhi dia..

dia..insan yg beraja keegoan..
insan yg tak punya perasaan..
hidupnya..hanyalah utk dendam..
dendam yg dicipta dr seorang HAWA..
semakin aku cuba tuk melangkah pergi drnya...
semakin aku tak waras dlm menilai erti cinta..
rindu itu indah
bila terukir namamu..~PENGUIN KECIK~